Berhentilah kelirukan orang - Syamsul Yusof - Utusan Malaysia

Berhentilah kelirukan orang – Syamsul Yusof

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengarah filem popular, Syamsul Yusof, kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab telah mewujudkan sebuah akaun palsu menerusi platform Facebook yang menggunapakai namanya.

Tidak pasti sejak bila, menurutnya, akaun dengan nama Syamsul Yusof itu telah mengelirukan orang ramai terutama peminat dan pengikut selain didapati memuat naik kandungan bahan yang tidak bersesuaian.

“Saya langsung tiada akaun Facebook. Kalau ada itu, semua palsu atau menyamar. Harap maklum.

“Dia muat naik benda mengarut sampaikan ada yang ingat itu saya. Sudah-sudah lah itu. Saya cuma ada akaun media sosial di Instagram dan Twitter sahaja ya.

“Berhentilah kelirukan orang,”katanya dalam satu hantaran di akaun Instagramnya hari ini.

Pada hantaran yang sama, Syamsul turut memuat naik tangkap layar akaun Facebook palsu tersebut yang jelas memaparkan perkongsian yang tidak bersesuaian.

Menerusi penjelasan Syamsul tersebut, tinjauan Utusan Malaysia mendapati rata-rata pengikut dan peminatnya di Instagram memberi maklum balas berhubung isu itu.

Ada yang berpandangan Syamsul sememangnya wajar menjelaskan situasi itu kerana dikhuatiri akan ada lebih ramai lagi peminat atau pengikut yang mungkin tersalah faham dan menganggap akaun itu kepunyaannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya