"Terbang tanpa bimbingan khusus, itu cabaran besar"- Deva Mahenra - Utusan Malaysia

“Terbang tanpa bimbingan khusus, itu cabaran besar”- Deva Mahenra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Deva Mehenra tidak dapat melupakan pengalaman terbang menggunakan pesawat tempur dalam filem Serigala Langit.

Berkongsi pengalamannya, adegan tersebut perlu dilakonkan tanpa bimbingan khusus namun dia berjaya membawakan watak Gadhing Baskara dengan bantuan kru produksi dan tenaga pengajar.

“Bagi saya semua adegan mencabar terutamanya ketika perlu terbang dengan payung terjun dan pesawat tempur. Tanpa bimbingan khusus, memang sangat sulit. Saya pasti itu yang dialami pelakon lain juga.

“Waktu persiapan juga sangat singkat. Kami diberikan kelas sewaktu penggambaran sahaja. Kita juga perlu persiapan fizikal dan mental yang tinggi. Hendak terbang dengan pesawat tempur ini kena ada ilmu.

“Tapi dengan bimbingan tenaga pengajar, kami berjaya melakonkan watak masing-masing dengan mudah,” katanya.

Filem Serigala Langit yang menampilkan gandingan Deva bersama Yoshi Sudarso, Dian Sidik dan Anya Geraldine itu bakal ditayangkan di Astro First bermula 25 September depan.

Serigala Langit yang mendapat respon positif selepas ditayangkan di negara republik itu diarahkan oleh Reka Wijaya dan berkerjasama dengan Horizon Filem Entertainment, Quin Media dan Cineplus Asia

untuk tayangan Malaysia.

Dalam pada itu, Deva juga belajar untuk lebih mencintai diri sendiri dan berterima kasih kepada kru produksi yang banyak membantu para pelakon menjayakan penggambaran filem tersebut.

“Kerjasama luar biasa daripada kru produksi Serigala Langit ini. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, kami berjaya melakukan segalanya dengan maksima.

“Banyak juga pengalaman menarik dan berharga sepanjang penggambaran. Kami belajar untuk lebih menghargai diri sendiri dan mencintai bangsa serta negara kita,”katanya.

Serigala Langit adalah sebuah filem aksi mengisahkan tentang Gading Baskara, juruterbang udara di Skuad 10 -Serigala Langit yang ditugaskan untuk menjaga seorang ejen.

Bagaimanapun, tugas itu sulit kerana dia berdepan dengan serangan pihak penjenayah yang mempunyai muslihat sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya