Ramai betul rindu sungai,laut daripada mak pak sendiri - Ag Coco - Utusan Malaysia

Ramai betul rindu sungai,laut daripada mak pak sendiri – Ag Coco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komposer dan gitaris ternama kumpulan Hujan, AG Coco menimbulkan rasa kurang senang warganet selepas berkongsi satu ciapan berkaitan mengadakan aktiviti di sungai atau laut dikaitkan dengan ibu bapa, pada ketika ini.

Menerusi ciapan tersebut, AG menulis, ‘nampak macam ramai betul yang rindu sungai dengan laut dari mak pak sendiri’.

Sehubungan itu, segelintir warganet menyifatkan coretannya itu sebagai tidak masuk akal sementelah bukan sengaja tidak mahu pulang ke kampung halaman berjumpa orang tua, tetapi masih tidak dibenarkan merentas negeri pada waktu ini.

“Kalau dah boleh merentas negeri, berduyun-duyunlah orang balik kampung berjumpa ibu bapa! Kau sahaja yang tiada akal nak fikir gamaknya waktu sekarang ini tidak boleh rentas negeri!

“Kalau boleh rentas negeri, lengang sahaja sungai itu. Sesak jalan raya bising, sesak di sungai bising. Nak suruh duduk rumah sahaja ke setahun hadap gitar?

“Bro, kalau boleh rentas negeri dah lama lah orang pergi berjumpa ibu bapa di kampung dari pergi sungai. Lain kali nak cakap guna otak,” tulis warganet di ruangkan komen.

Akui coretannya itu dikecam hebat warga Twitter, akhirnya dia tampil memberi reaksi terhadap kritikan yang diterimanya.

“Sebenarnya point aku, berkelah ramai-ramai ini kalau jadi punca kes naik balik, kita kena ulang lagi lockdown. Jadi, lama lagi tak dapat jumpa ibu bapa. Orang tua aku pun di Kedah dah lama tak jumpa.

“Maaf atas kekhilafan aku yang telah mengundang kemarahan semua orang dengan cara ciapan aku. Aku cuma nak menyebarkan kesedaran supaya kita semua lebih berhati-hati. Sekali lagi, saya benar-benar minta maaf apa yang telah katakan,” ujarnya.

Semua sedia maklum, kerajaan telah memberi kelonggaran bagi penduduk Lembang Klang merentas daerah pada minggu lalu. Kebanyakan mereka dilihat mula bersiar serta berkelah di tempat terbuka seperti sungai dan laut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya