“Saya tak ada harta lain”- Syafie Naswip lelong trofi, ikhtiar bantu orang susah - Utusan Malaysia

“Saya tak ada harta lain”- Syafie Naswip lelong trofi, ikhtiar bantu orang susah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya nak tolak (lelong) trofi kemenangan filem Songlap sewaktu menang Festival Filem Malaysia (FFM 25),”.

Itu kata pelakon berbakat besar, Syafie Naswip dalam usaha mencari wang bagi membantu golongan susah di luar sana.

Jelas Syafie, 28, ikhtiar melelong trofi itu dilakukan bukan kerana mencari populariti tetapi lebih kepada misi kemanusiaan.

“Saya tak ada harta lain nak kongsikan. Jadi, siapa yang boleh bida RM10,000 atau lebih, hasil kutipan itu kita akan bagi kepada orang yang lebih memerlukan. Jangan risau sumpah saya tak menipu, saya tak ambil duit itu pun.

“Di atas rezeki yang Tuhan berikan menerusi kemenangan pelbagai anugerah, inilah masa yang terbaik untuk saya kongsikan kepada anda semua. Jadi saya harap trofi ini dapat digunakan untuk membantu orang yang memerlukan.

“Saya memang sensitif sikit kalau bab kekeluargaan ini. Saya harap ramai yang akan menyokong,” ujarnya sambil mengesat air mata.

Syafie berkata demikian ketika mengadakan sesi siaran langsung di akaun Instagramnya semalam.

Tambah Syafie lagi, rakyat tidak perlu menuding jari pada kerajaan, sebaliknya mencari jalan penyelesaian dan bersatu hati.

“Hentikanlah hasad dengki antara satu sama lain dan sebarkan kasih sayang serta teruskan positif,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya