“Aku tak berpihak sesiapa, maaf kalau aku buat pandai” -Sharnaaz Ahmad - Utusan Malaysia

“Aku tak berpihak sesiapa, maaf kalau aku buat pandai” -Sharnaaz Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad, memaklumkan dia akan berhenti untuk mengulas dan berbahas mengenai isu yang berlaku antara tiga figura semasa misi bantuan ke Gaza.

Menerusi ciapan di Twitter, Sharnaaz juga menyatakan dia tidak berpihak pada mana-mana individu yang terlibat kontroversi tercetus sejak akhir-akhir ini.

Jelasnya, dia mengambil inisiatif tersebut untuk menjaga aib mereka sekali gus menjaga nama baik Islam daripada terjejas.

“Aku tidak berpihak pada sesiapa. Ada aib yang kita perlu jaga sebelum nama dan agama kita sayangi ini terjejas. Maafkan aku jika buat pandai. Tetapi kebenaran ini berat untuk semua rakyat terima untuk Malaysia dan umat Islam.

“Kata aku tak tahu cerita pandai-pandai hentam? Sahabat, aku lebih pada tahu. Cuma aku minta Allah pelihara aib ini demi agama dan Malaysia.

“Aku berhenti cakap fasal perkara ini. Bincanglah elok-elok, kedua-duanya ikon,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter

Semalam, pelakon tersebut meminta kepada ketiga figura besar Malaysia, penyanyi rap Caprice, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew, serta aktivis Nadir Al-Nuri agar berbincang secara damai tanpa ada sesi pendedahan di media sosial ekoran isu yang berlaku semasa misi bantuan ke Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya