ORANG selalu cari mesej tersirat dalam lagu. Lirik dikupas lapis demi lapis, bunyi dipecah trek demi trek. Apa kata kali ini, kita cuba cari makna di luar lagu? Apabila Jemson tampil dengan Balada Cinta Kosmos, tidak ramai yang beri perhatian kepada kolaborasi dalam EP tersebut. Maklumlah, hanya empat dari lima lagu dalam EP tersebut yang menampilkan kolaborasi. Namun apabila Jemson tampil dengan album 12 lagu (termasuk lima lagu dari Balada…










