Saya bukan raja komen - Fadzil Zahari - Utusan Malaysia

Saya bukan raja komen – Fadzil Zahari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA ada selebriti lain berhati- hati dengan netizen, lain pula kisahnya dengan Fadzil Zahari. Memilih untuk menjadi netizen, jangan terkejut untuk melihat komen-komen suami kepada pelakon kepada Yana Samsudin ini menghiasi beberapa portal popular dalam Facebook.

Malah sehingga kini ada yang menggelarkan Fadzil sebagai ‘Presiden Netizen’ memandangkan dia dilihat begitu serius berkongsi minat yang sama dengan pengguna laman sosial lain.

Menolak memerlukan perhatian sebagai sebab dia berkelakuan begitu, kata Fadzil sehingga kini dia tidak pernah meletakkan status selebriti sebagai batas untuk dia menjadi seorang netizen.

Sana sini nama Fadzil menghiasi ruangan komen portal hiburan, sahaja mengisi masa lapang atau perlukan perhatian?
Sejak beberapa tahun dahulu lagi saya memang suka komen pada berita-berita hiburan. Ada yang terhibur dengan komen ni ada juga yang sakit hati, mungkin pasal dia salah interpretasi maksud komen saya, lalu mereka balas, “Tiada job la tu banyak masa komen di sini.”

Macam situasi saya buat masa sekarang saya lebih selesa di belakang tabir sebagai penerbit dan usahawan. Sekarang juga sibuk dengan filem terbitan syarikat kami Prokuya Studios Sdn. Bhd. sambungan filem Bini Biniku Gangster, dan Filem Kak Yong bakal bertemu penonton mungkin awal tahun hadapan, insya-Allah.

Sehingga mendapat raja komen dalam kalangan netizen, komen Fadzil?
Pernah ada netizen yang komen begini namun terus saya balas “Saya bukan raja komen, saya netizen macam hangpa juga”.

Berada dalam kalangan mereka membuatkan saya faham mengapa ada yang menjadikan laman sosial sebagai lokasi untuk berkongsi perasaan. Sebab memang ini adalah satu-satunya cara untuk mereka meluahkan apa yang terpendam berkenaan sesuatu isu bila ada rasa tidak puas hati.

Fadzil juga cukup berani meninggalkan komen pada berita rakan artis lain, tidak takut ada yang terasa?
Kadang-kadang komen saya tiada kena mengena dengan berita tersebut pun. Bagi saya bila meletakkan diri sebagai netizen secara tidak langsung, boleh faham bagaimana kehidupan orang lain yang tidak mempunyai sebarang kelebihan ini. Apa yang mereka rasa bila ada selebriti yang melakukan sesuatu yang tidak betul bagaimana kesannya turut dirasai mereka.

Komen Fadzil bila ada netizen menggelar golongan selebriti ini sebagai kayangan?
Sebenarnya ada juga pihak selain selebriti yang diberi kebenaran merentas negeri, namun mungkin disebabkan mereka bukan selebriti kurang perhatian diberikan.

Netizen gelarkan golongan selebriti ni sebagai kayangan mungkin sebab nampak mudah golongan ini bergerak ke sana ke sini dalam keadaan orang lain berkurung di rumah.Ikut situasi sebenarnya.

Bagaimanapun kita harus faham, perkara yang menjadi amarah ramai bila ada antara netizen berhadapan dengan keadaan terdesak untuk menziarahi ibu bapa atau ahli keluarga yang sakit, bersalin ataupun meninggal dunia namun tidak berpeluang pulang. Sementara, golongan kayangan ini pula dilihat tidak sensitif selain berkongsi dalam laman sosial

Komen isteri sendiri bila suaminya menjadi perhatian dalam kalangan netizen?
Buat masa sekarang ini dia selalu ingatkan agar tidak meninggalkan komen-komen negatif atau sensitif terutamanya membabitkan agama, politik dan sebagainya. Namun dia tahu saya memang seorang yang aktif dalam laman sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN