Lagi gambar Elizabeth Tan jadi perhatian - Utusan Malaysia

Lagi gambar Elizabeth Tan jadi perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Belum pun reda kisahnya tidak tinggal sebumbung dengan suami, penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 28, dihambat pula dengan isu lelaki-lelaki miang di ruangan komen dalam akaun media sosialnya.

Walaupun bukanlah bukan kali pertama ia berlaku, tetapi perbuatan mereka nyata memberi cerminan buruk diri sendiri selain tidak menghormati ibadah bulan Ramadan yang berbaki cuma beberapa hari sahaja lagi.

Tinjuan Utusan Malaysia mendapati, rata-rata lelaki yang bersidai di ruangan komen akaun penyanyi ini merupakan lelaki Muslim selain ada juga antaranya sudah mendirikan rumah tangga.

Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Elizabeth dengan kapsyen bertulis ‘Hmmm.. redha je la PKP 3.0 ini’, ramai kalangan peminat lelakinya saling berbalas komen di dalam ruangan tersebut.

Antara komen tidak senonoh yang dimuat naik oleh segelintir mereka berbunyi seperti berikut.

“Redha memang terpaksa redha. Abang tengok Lizzy pun rasa nak redah je,” tulis seorang pengguna Instagram.

Selain itu, ada juga kalangan peminat Elizabeth yang menegur tindakan penyanyi tersebut dengan mengaitkannya dengan ketidaksesuaian di bulan Ramadan.

“Liz, mohon bulan puasa ini. Iman tak kuat ini. Tolonglah, kasihanilah pengikut media sosialmu ini,” tulis seorang lagi pengguna.

Setakat hari ini, gambar tersebut berjaya meraih 82.2 ribu tanda suka dengan sebanyak 736 komen daripada pengikutnya.

Dalam pada itu, Elizabeth juga dilihat mengambil langkah selamat dengan tidak menjawab komen-komen tersebut.

Sehingga kini juga, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Elizabeth berkenaan isu berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya