SAYA memang sangat banyak mendengar lagu. Saya juga pernah ralit membaca sajak. Fikiran saya mudah dibentuk oleh dua aliran seni ini. Dalam hal kemanusiaan, besar juga impak lagu Wajah oleh Laila’s Lounge kepada pandangan alam saya. Ia mengajar saya berempati, meletakkan diri dalam kedudukan orang yang ditindas dan hidupnya jarang disapa aman. Seperti yang dilagukan Hadi Jaafar: “Pulangkan milik si anak ini Yang kau raguti Hapuskan tangisan si ibu ini…