Kena ‘maki’ pun terima saja - Utusan Malaysia

Kena ‘maki’ pun terima saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kebelakangan ini, rajin Cik Bunga buka dan dengar siaran radio Hot FM. Bukanlah memilih, tetapi memang sengaja nak dengar untuk Cik Bunga menilai.

Maklumlah, sejak kemasukan Mark Adam ke pasukan baharu penyampai radio Hot FM, Cik Bunga ada dengar yang ramai memuji penyanyi dan komposer tersebut yang dikatakan telah menyuntik kelainan buat pendengar.

Bila Cik Bunga dengar sendiri celoteh Mark di radio, ternyata benarlah bagai dikata orang. Bayangkan, Mark sebelum ini langsung tak ada pengalaman sebagai penyampai radio tapi dia sahut juga cabaran dan sanggup belajar buat benda baru.

Cik Bunga tahu, ketika namanya diumumkan sebagai penyampai baru di stesen radio itu pun, ramai yang sangsi memandangkan dari segi pertuturan bahasa Melayu, Mark tidaklah begitu fasih dan masih merangkak.

Tapi, sekarang Cik Bunga rasa sudah semakin ada progres yang bagus. Tapi tentulah nak berjaya pun bukan mudah bukan? Kalau tak kena marah, ditegur, ‘dimaki’, mana mungkin Mark boleh berada di kedudukan sekarang.

Khabarnya juga, walau kena marah pun, Mark senyum saja sebab kata pasukan Hot FM, niatnya mahu terus belajar dan memperbaiki diri. Maka dia pun terima segala kritikan itu dengan hati terbuka.

Baguslah Mark. Cik Bunga memang angkat topi dengan awak ini. Jiwa kental betul. Harap Mark akan terus sukses ya membina nama dalam kerjaya yang diceburi.
Tapi ingat Mark, jangan lekas selesa pada satu-satu kedudukan. Teruskan perbaiki kelemahan yang ada ya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN