Terkejut bila dengar dakwaan yang disampaikan rakan Poklip seorang ini. Ibaratnya panas menggelegaklah. Cuma dakwanya ini cerita lama. Pelakon itu pun sudah popular dan baik budinya.
Dakwa si polan itu, pelakon cantik itu rupanya pernah masuk lokap di atas kesalahan memiliki bahan terlarang. Dia didakwa ditangkap dan disumbat ke dalam lokap untuk siasatan.
Ketika itu pelakon cantik itu baru sahaja bertapak dalam industri. Orang kata baru setahun jagung, belum kenal selok belok industri. Gitu! Tapi sudah buat perangai tak senonoh eh?
Tetapi ada pula si polan lain mendakwa, pelakon ini sekarang sudah bersih daripada bahan terlarang itu. Cuma kebenarannya kita tak tahu lah. Poklip harap sangat dia sudah tidak lagi terlibat dengan gejala itu.
Bukan apa, dia antara pelakon yang memiliki bakat cukup hebat. Lakonannya memang menjadi dan wajah cantiknya juga adalah bonus. Berlakon jadi anak pemilik Megah Holdings atau gadis kampung semua jadi.
Poklip tidak mahu kerjaya yang sedang dibina dengan cukup cantik sekarang musnah gara-gara isu mengambil bahan terlarang. Kita dapat lihat ramai anak seni yang terkandas dek isu itu.
Harapnya dia betul-betul mengutamakan hidup dan kerjaya. Dia pun sebelum ini tidak pernah ada gosip liar atau kontroversi. Sekadar kisah cinta putus di tengah jalan sahaja yang menjadi tajuk berita.










