Danny dah jadi tauke minyak? - Utusan Malaysia

Danny dah jadi tauke minyak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebenarnya, sudah lama Cik Bunga tertanya, ke mana menghilangnya bekas anggota kumpulan X Factor, Danny yang juga seorang pelakon ini?

Dulu, pada satu ketika, banyak juga tawaran datang pada dirinya dalam bidang seni. Tetapi kemudiannya senyap begitu sahaja. Tak tahulah kalau dia sebenarnya lebih selesa untuk bekerja di belakang tabir dalam industri sebab ada ramai saja pelakon lama yang memilih jalan begitu.

Tapi, baru-baru ini, bila sedang berbual dengan seorang teman, Cik Bunga dikhabarkan Danny kini sudah semakin berjaya dan yang penting, kaya!

Wah, Cik Bunga memang bangga kalau anak Melayu kita boleh maju dalam dunia perniagaan sebab semua tahu, ia adalah bidang yang penuh risiko dan cabaran.

Khabarnya, dia kini sudah menjadi tauke minyak masak untuk pasaran tempatan dan global dengan hanya berpangkalan di tanah kelahirannya sendiri, Kelantan.

Lagi lah Cik Bunga bangga sebab dunia perniagaan berasaskan barangan keperluan utama seperti minyak masak ini, bukan mudah hendak kendali ya.

Kalau benarlah bagai dikata, memang padanlah dia tak perlu berlakon atau menyanyi lagi. Kalau Cik Bunga jadi dia pun, lebih baik kita fokus pada bidang yang lebih berskala besar. Mana tahu boleh mendominasi pasaran dengan produk tempatan pula kan?

Apa pun, tahniah Danny dengan kejayaan yang dilakar.

Paling utama, Danny membuktikan dirinya tidak cuma mahu berada di takuk lama. Dia berevolusi dan menjadi seorang usahawan yang bukan main-main.

Hmm… teringat pula, minyak masak di rumah Cik Bunga dah nak habis. Maklumlah, bulan puasa ini Cik Bunga kerap juga memasak. Tak mahulah singgah bazar, pandemik belum pulih ini, bahaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×