Berhenti kerja sebab penyanyi itu - Utusan Malaysia

Berhenti kerja sebab penyanyi itu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tak dapat Cik Bunga bayangkan betapa keliru diri ini apabila mendapat tahu mengenai sisi lain seorang penyanyi lelaki terkenal ini.

Bukan apa, sebelum ini tak pernah pula dia menampakkan ciri seorang lelaki durjana. Jadi, apabila kenalan Cik Bunga memaklumkan hal ini, rasa macam tak percaya pun ada.

Nak dijadikan cerita, penyanyi pop balada ini terlibat dalam satu program rakaman sebuah stesen televisyen, tapi dari awal pembabitannya lagi dia tak sudah-sudah buat perangai.

Berangan macam dia artis paling kacak dalam Malaysia sudah satu hal. Gagal mengawal tingkah laku dan tak mendengar arahan di set pun sudah jadi satu hal lain.Menyusahkan orang!

Dek perangainya yang dah macam binatang terlepas dari sarkas itu, seorang kru bertugas di set sampai buat keputusan drastiklah untuk berhenti kerja.

Ya, khabarnya disebabkan tak tahan nak melayan kerenah bodoh artis tersebut yang tak faham-faham bahasa. Kasihan Cik Bunga dengar. Dalam masa sama panas juga hati mengenangkan perangai penyanyi itu.

Sebab itulah dalam hidup ini, kita jangan sesekali rasa diri berada paling di atas, paling gah. Tak ke mana juga hidup awak itu kalau asyik menyusahkan orang.

Baru-baru ini ternampak Naim Daniel pun ada kongsikan sepotong ayat nasihat yang bernas dalam media sosial.

Tulisnya, jadilah manusia yang sentiasa menyenangkan urusan orang lain. Hadamkan apa maksudnya itu. Kalau tak faham-faham dek akal, sah awak punya bebal itu terletak di tingkat paling bawah sekali. Sedih!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×