Altimet tiada masalah dengan pengurus - Utusan Malaysia

Altimet tiada masalah dengan pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tujuh tahun bekerjasama, penyanyi rap tanah air, Altimet mengaku tidak pernah mempunyai masalah dengan pengurusnya, Yasmeen Zainal walaupun sedar mungkin ada segelintir artis lain kerap kali bertukar-tukar pihak pengurusan sepanjang kerjaya mereka.

Menurut Altimet, faktor itu juga menyebabkan dia tidak teragak-agak untuk menerima pelawaan Yasmeen untuk menubuhkan syarikat pengurusan sendiri, di bawah empayar Pengurusan SVL Tan.

“Saya pasti dan meletakkan kepercayaan yang tinggi bahawa bakat yang ada pada Yasmeen mampu untuk menjadikan usaha di bawah pengurusan SVL Tan ini berkembang dengan maju.

“Banyak kejayaan yang saya cipta sebelum ini juga adalah kerana bakat yang ada pada dirinya. Sebagai contoh, semasa menguruskan persembahan Anugerah Juara Lagu (AJL), persembahan di London dan di Amerika Syarikat (AS).

“Malah, Yasmeen juga banyak membantu dari segi mendapatkan tawaran menjadi duta produk, mengendalikan penjenamaan dan pemasaran termasuk menjalinkan kerjasama baik dengan pihak media dan pelbagai syarikat global,”katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, menurut Altimet yang merupakan Pengarah Kreatif syarikat tersebut, dia yakin gabungannya dengan Yasmeen ini mampu menggegarkan dan menetapkan tanda aras baharu buat rakan-rakan artis dalam industri.

“Apa yang membezakan pengurusan SVL Tan dengan yang lain? Sudah tentulah menerusi pengalaman selama 35 tahun dalam industri hiburan.

“InsyaAllah menerusi pengetahuan yang mendalam kami akan berusaha memberikan yang terbaik untuk sama-sama meningkatkan industri,”katanya.

Selain Altimet, pengurusan SVL Tan turut membariskan lima bakat tempatan yang kini bernaung di bawah syarikat tersebut.

Mereka ialah, chef selebriti Sherson Lian, juruhebah radio, Haniff Hamzah, penyanyi Hazama dan Saint Kylo.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya