Saya jual sate takkan pakai susuk- Ayu Damit - Utusan Malaysia

Saya jual sate takkan pakai susuk- Ayu Damit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Ayu Damit, 32, tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkan fitnah kononnya dia memakai pemanis wajah atau susuk.

Menafikan dakwaan tidak berasas itu, jelas Ayu, dia enggan mengambil pusing tohmahan individu tersebut walaupun rata-rata peminatnya meminta tindakan saman diambil.

“Ceritanya ada individu di laman media sosial tangkap layar profil dan perkataan yang ditulis oleh salah seorang pengguna tidak dikenali dan menghantar butiran itu kepada saya. Pada masa sama si pengirim ini suruh saya saman individu terbabit.

“Banyak respons daripada orang ramai dan mereka meminta saya meneruskan dengan tindakan saman kerana ini melibatkan maruah diri. Pun begitu, saya tak ambil peduli sebab apa yang diperkatakan itu tidak betul, lantak dialah nak cakap apa pun,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Berkongsi dakwaan tersebut di media sosial, Ayu secara berseloroh berkata, tidak mungkin seorang peniaga sate memakai susuk sementelah rata-rata mengatakan salah satu pantang dalam pemakaian susuk adalah tidak boleh makan makanan berlidi.

“Ada juga yang cakap kalau pakai susuk mana boleh makan pisang dan sebagainya, malahan saya jual sate. Tidak kelakar ke?,” seloroh Ayu.

Dalam perkembangan terbaharu, Ayu bakal giat dengan perniagaan penjualan busana retro kerjasama dengan pereka fesyen Azirun Ramly.

“Ini bukan kali pertama saya bekerjasama dengan beliau malah sudah berkali-kali sejak beberapa tahun lalu. Jadi apabila saya dimaklum dan diajak menerusi bisnes ini saya rasa ia sesuatu yang sangat bagus kerana dalam musim PKP ini saya sebagai penyanyi mungkin kurang aktiviti persembahan pentas.

“Justeru, adanya projek ini dapatlah menambahkan lagi duit tepi dan secara tidak langsung memberikan peluang kepada mereka yang tiada pekerjaan akibat terkesan dengan Covid-19 sebagai ejen,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya