fbpx

Luqman Hafidz tak ‘jaja’ hidup peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Ola Bola, Luqman Hafidz, 30, menjadikan pengalaman lalu sebagai iktibar agar lebih berhati-hati dalam berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.

Menurut pelakon itu, sebelum ini dia rajin berkongsi kehidupan peribadi menerusi akaun Instagram miliknya, namun selepas  adik perempuannya pernah menerima hantaran mesej daripada individu tidak kenali tiga tahun lalu, dia lebih berhati-hati.

“Adik saya pernah bagitahu dia pernah menerima satu pesanan daripada seorang individu yang bertanyakan lokasinya dan sama ada saya ada di rumah atau tidak. Say syak lelaki itu seorang pedofilia.

“Disebabkan hal sedemikian, saya kurangkan berkongsi video mahupun gambar ahli anggota keluarga saya. Saya wajib jaga keluarga dan bukan menjadikan mereka sebagai kandungan di media sosial. Kalau peribadi pun hanya diri saya sahaja yang tidak melibatkan hal famili,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Biarpun wajah jejaka itu kurang dilihat menerusi saluran popular, Luqman berkata, apa yang penting ialah tawaran berlakon masih ada cuma cerita akan keluar pada platform mana tertakluk kepada siapa dan berapa ramai yang menonton saluran itu.

“Mungkin sebelum ini masa lebih banyak dengan pementasan teater. Bila masuk teater komitmen memang sepenuh perhatian dan ada beberapa tawaran drama terpaksa ditolak. Tapi Alhamdulillah tawaran masih ada walaupun selepas habis teater.

“Secara peribadi bagi saya bukan seorang pelakon bukan perlu aktif di layar kaca atau perak sahaja, malah di media sosial juga. Kalau nak orang nampak kita ini sentiasa aktif, kena kejar slot besarlah. Kita tahu sahaja, platform kurang popular ini ada penontonnya tetapi tidak ramai,” jelasnya yang sedang menjalani penggambaran drama komedi berjudul, Alif Ba Ta.