Jangan biadab, itu ibu saya! - Bunga Isme - Utusan Malaysia

Jangan biadab, itu ibu saya! – Bunga Isme

BUNGA ISME
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : “Saya maafkan mereka, tetapi jika berlaku lagi kejadian seperti ini, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,”

Demikian tegas penyanyi rap kecil molek, Bunga Isme, 21, ketika diminta mengulas mengenai isu perbalahannya dengan segelintir warganet yang dikatakan berkelakuan biadab terhadap ibunya dalam media sosial.

Menurut penyanyi dengan nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari ini, walaupun kedua-dua pihak telah bermaafan, tetapi secara peribadi ingin memberi sedikit pengajaran buat pengguna media sosial supaya sentiasa menjaga adab atas nama keterbukaan memberi pendapat atau pandangan.

“Kelmarin, memang saya marah sangat kerana orang yang mereka biadab itu adalah ibu saya sendiri. Jika mereka nak lemparkan kata-kata negatif, atau kata saya bodoh sekali pun tak apa.

“Mungkinlah saya bersikap tidak profesional kerana membalas kecaman mereka menerusi platform yang sama. Saya ambil semua teguran yang baik, tetapi profesional atau tidak, semua itu terpaksa diletakkan ketepi kerana yang dikecam dan diburukkan itu adalah ibu sendiri.

“Kalau ibu anda diperlakukan begitu, rasanya tidak mungkin anda juga hanya mahu duduk diam. Di mana hormat dan adab kita pada orang tua?”katanya.

Semalam, akaun Twitter dan Instagram Bunga menjadi perhatian ramai setelah dia memuat naik kenyataan berbaur amukan terhadap segelintir warganet yang berkelakuan biadab terhadap ibunya yang bersikap protektif, membalas komen-komen mereka yang mengecam anaknya.

Ia lanjutan isu laporan segelintir media tempatan yang menyamakan wajah Bunga dengan pelakon wanita antarabangsa, Angelina Jolie dan kemudiannya telah menimbulkan rasa kurang senang warganet terhadap Bunga.

Dalam pada itu, penyanyi ini juga berharap agar setiap pengguna media sosial lebih bijaksana ketika berinteraksi antara satu sama lain atau memberi sebarang pandangan menerusi platform tersebut.

“Ini semua adalah satu pengajaran buat kita semua. Minta maaf sekali lagi kalau saya emosi tentang perkara ini. Bukan tujuan saya untuk mengundang orang lain untuk turut sama mengecam si pelaku.

“Tetapi saya harap janganlah kita anggap isu buli siber atau body shamming ini sebagai sesuatu yang normal. Ini cara positif saya untuk memberitahu pada semua bahawa setiap dari kita perlu tahu di mana perlu bersuara, bukan sewenangnya.

“Saya percaya, kita semua mampu menjadi lebih baik daripada berkelakuan tanpa adab seperti itu,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.