Jangan berlagak pandai - Dr Nazmi Nordin - Utusan Malaysia

Jangan berlagak pandai – Dr Nazmi Nordin

DR NAZMI NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Dr Nazmi Nordin, 31, menyeru orang ramai supaya berhati-hati ketika mengeluarkan sesuatu kenyataan yang belum dikenalpasti kesahihannya terutama dalam isu vaksin yang sedang hangat diperkatakan.

Dia yang menjadi pelakon pertama menerima suntikan vaksin Covid-19 pada akhir Disember lalu di luar negara, menasihatkan agar setiap indvidu merujuk kepada orang yang lebih berilmu atau pakar dalam bidang ini supaya tidak menerima informasi yang salah mengenai pengambilan vaksin.

“Jangan berlagak pandai mengeluarkan sesuatu kenyataan yang belum pasti kesahihannya. Apabila menerima vaksin, secara tak langsung kita dapat melindungi orang lain terutamanya golongan yang berisiko tinggi seperti org tua dan kanak-kanak daripada dijangkiti.

“Apa yang penting adalah kebersamaan kita semua dalam menangani pandemik ini,”katanya.

Berkongsi mengenai pengalamannya menerima suntikan vaksin, kata Nazmi, dia menjalankan tanggungjawabnya untuk menerima suntikan kedua sekitar pertengahan bulan lepas.

“Vaksin yang diterima adalah jenis Sinopharm yang dihasilkan oleh Beijing Institute of Biological Products Co. Ltd. Suntikan pertama pada 27 Disember 2020 dan kedua 17 Januari lalu di Emiriah Arab Bersatu (UAE),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia kelmarin.

Selain itu, menurut pensyarah dan penyelidik bidang Pengimejan Perubatan di Universiti Perubatan Gulf, Ajman ini lagi, dia mengalami kesan sampingan selepas suntikan tersebut namun ia bersifat sementara.

DR NAZMI NORDIN

“Alhamdulillah segala proses dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Secara peribadi saya sangat teruja apabila pihak universiti mengatakan semua pekerja dan pelajar akan menerima vaksin Covid-19.

“Saya hanya pening kepala sikit dalam beberapa minit semasa suntikan pertama dilakukan namun Alhamdulillah, saya okey sahaja ketika suntikan seterusnya dibuat,”katanya.

Melihat kepentingan setiap individu untuk mendapatkan suntikan vaksin, pelakon ini juga mengesa rakyat Malaysia supaya tidak melepaskan peluang untuk berbuat demikian.

“Badan kita memerlukan ‘senjata’ baharu untuk melawan virus ni. Vaksin khas ini dapat melawan Covid-19, ia diwujudkan untuk merangsang antibodi dalam tubuh.

“Kesan sampingan untuk setiap orang adalah berbeza-beza. Ada yang demam, lenguh pada tempat suntikan, letih dan lesu, loya ataupun muntah tetapi jangan risau sebab ini semua normal dan sementara sahaja,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya