Isaac Raees pilihan Aiman, Zahirah - Utusan Malaysia

Isaac Raees pilihan Aiman, Zahirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasangan artis terkenal, Zahirah MacWilson dan suami, Aiman Hakim Ridza berkongsi wajah dan nama anak mereka menerusi milik akaun Instagram masing-masing.

Dalam gambar yang dimuat naik Aiman 32, dan Zahirah 26 itu, mereka mendoakan agar permata hati membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik.

“Selamat hari yang ke dua bulan anak daddy. Daddy dan mummy akan selalu menyayangimu. Kami berharap semoga awak menjadi anak yang soleh, baik hati dan penyayang,” kata Aiman dalam entri yang mendapat hampir 200,000 likes itu.

“Membesarlah dengan sihat, kuat dan selalu baik hati,” tulis Zahirah pula dalam entri yang mendapat lebih 250,000 like itu.

Sementara itu datuk Isaac iaitu bapa Zahirah yang juga seorang pelakon, Zainol MacWilson turut menitip doa menerusi ruangan komen.

“Tepat dua bulan, putera kecil atuk buat penampilan pertamanya dengan lesung pipit di kiri dan kanan pipi. Atuk doakan semoga kamu menjalani hidup yang terbaik dan di akhirat. Menjadilah manusia dan seorang muslim yang baik. Respek dan sayangilah ibu bapa mu. Semoga dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik dan anak yang soleh,” tulis Zainol.

Berita menarik buat peminat, Isaac juga mempunyai akaun Instagram iaitu @isaacraees dan setakat artikel ini ditulis akaun tersebut sudah mempunyai 80,600 pengikut dan enam hantaran gambar serta video yang dimuat naik.

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Isaac yang lahir di Perth, Australia pada 5 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya