‘Bukan gimik kahwin’- Julia Farhana - Utusan Malaysia

‘Bukan gimik kahwin’- Julia Farhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan model, Julia Farhana, 26, berkata, gambar yang dikongsi menerusi akaun Instagram miliknya bukanlah gambar perkahwinan mahupun gimik tetapi kerjasama dengan jenama barangan kemas Habib dan Newsantara.

Jelas Julia, dia berharap orang ramai tidak salah faham dan semoga pencerahan ini terjawab kerana ia tidak lain hanyalah kolaborasi menerusi single duet terbaharu bersama penyanyi Awi Rafael yang bertajuk Jangan Lupakan Aku.

“Saya ingat orang akan faham mungkin Julia ada terlibat dalam kempen dan sebagainya, sebab pada masa sama saya ada tag jenama barang kemas itu. Apa yang boleh saya katakan di sini kalau orang menjangkakan saya mohon maaf, tak. Sebab ini akaun saya tambahan pula ia gambar kerja,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, pelakon drama Dia Bidadari Dari Syurga yang ditemui pada majlis pelancaran single lagu itu berkata, tiada keperluan untuk minta maaf sebab tiada kesalahan.

“Gambar itu tak ada salahnya malah kapsyen berkenaan memang betul saya gementar untuk acara pada hari ini. Saya bersedia pula kerana sudah tiba masanya saya menyanyi secara langsung di hadapan orang ramai.

“Mungkin orang salah faham kerana kebanyakan selebriti jadikan gimik. Saya sama sekali tak terfikir untuk melakukan gimik. Malahan saya dan Awi ada bincang untuk buat gimik, tetapi katanya tak perlu. Kalau nak buat gimik kahwin saya dah buat seminggu awal,” tuntasnya.

Mencuit sedikit andai peminat bersikap ‘nakal’ untuk memperjodohkan antara Julia dan Awi, pelakon jelita itu tergelak kecil.

“Kami dah friend zone lah,” selorohnya.

Terdahulu laman sosial gempar berbicara mengenai Julia yang dikatakan bakal menamatkan zaman bujang tatkala gambar berbusana pengantin dan memakai set barangan kemas berharga hampir mencecah hampir RM6 juta.

Muzik video single duet yang diterbitkan okeh Newsantara dengan kerjasama Believe Muzik selaku pengedar boleh didapati disemua platform muzik dan boleh ditonton menerusi YouTube Newsantara dan HABIB Jewels.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya