Tanda aras profil seni Kaka, Jaz - Utusan Malaysia

Tanda aras profil seni Kaka, Jaz

KAKA AZRAFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tanyakan sahaja kepada mana-mana penyanyi, pasti mereka mempunyai matlamat dalam melakar kanvas seni lebih berwarna dan memotretkan nama di persada antarabangsa.

Justeru, pemilik nama penuh Nor Atiqa Noor Azraff memberitahu, lagu-lagunya sebelum ini berentak santai dan riang namun lagu Karma duet bersama Jaz mempunyai impak luar biasa dan cabaran tersendiri.

“Masa saya terima demo, dengar baik-baik melodi sambil baca lirik, saya terus jatuh cinta. Karma sangat berbeza dengan lagu-lagu saya sebelum ini. Saya sendiri tidak pernah terbayang akan nyanyikan lagu sebegini.

“Mencabar sebab dah terbiasa dengan lagu-lagu sebelum ini dan antara lainnya rakaman dilakukan secara berasingan, jadi saya tidak tahu dan rasa macam mana penyampaian Jaz.

“Tapi akhirnya saya berasa gembira sebab berjaya sampaikan lagu ini dan hasilnya juga sangat memuaskan hati. Kejayaan ini juga tidak menjadi tanpa adanya bantuan daripada Afif Tirmizie selaku pengarah vokal yang memudahkan lagi nyanyian saya,” katanya.

Sebagaimana Kaka, penyanyi kelahiran Brunei Darussalam yang bertapak di Indonesia ini juga lari daripada kebiasaannya yang banyak menyanyikan lagu-lagu berentak pop sebelum ini turut menyahut cabaran.

“Saya sangat berterima kasih kepada Sony Music Malaysia untuk berduet dengan penyanyi Malaysia, Kaka. Ia satu penghormatan yang sangat bermakna buat saya terlibat dalam projek ini kerana ia jauh berbeza dengan projek lain pernah saya jayakan sebelum ini

“Menerusi lagu ini, saya benar-benar melakukan sesuatu yang di luar keselesaan sendiri. Bahagian paling susah adalah harmoni antara nyanyian kami berdua. Terima kasih pengarah vokal saya, Danish yang banyak membantu melancarkan nyanyian saya.

“Tentunya memang sangat mencabar buat saya. Ia sebuah lagu balada yang perlu penjiwaan berat dan saya sendiri secara peribadi lebih terbiasa dengan melodi riang. Alhamdulillah, saya sudah mendengar hasilnya dan sangat berpuas-hati. Lagu ini juga diterima baik pendengar di Malaysia,” katanya.

 

JAZ HAYAT

Video muzik Karma sudah dilancarkan pada 11 Februari 2021 di Vevo dan YouTube rasmi Sony Music Malaysia.

Muzik video yang berdurasi 4:18 minit ini telah dihasilkan produksi 6ix Studios dari Malaysia yang diarahkan oleh Hafiz Shafie dan Nocturnal Projects dari Indonesia dibawah arahan Bobby Adrian Vitra.

Karma juga boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube & YouTube Music.

KARMA KAKA DAN JAZ 

Penjiwaan dan penghayatan pada bait-bait lirik adalah tanggungjawab utama seorang penyanyi untuk memberikan nafas kepada sesebuah lagu itu. Apatah lagi lagu patah hati. Tapi jika sebaliknya tiada, ibarat jasad tidak bernyawa.

Mengulas pertanyaan Utusan Malaysia tentang tanggungjawab itu ketika sidang media pelancaran muzik video Karma duet bersama penyanyi popular, Jaz Jayat, Kaka Azraff berkata, wujudnya emosi sedih menerusi kisah silam yang disuntik ke dalam lagu tersebut.

“Untuk menjiwai kita memang kena menghayati dan meletakkan diri sendiri pada situasi berkenaan agar dapat menjiwai sesebuah lagu itu dengan baik.

“Kalau nak bercakap fasal karma, saya tak pasti tetapi cuba untuk membayangkan kisah percintaan zaman silam. Saya imbas kembali ketika melalui fasa cinta yang tidak menjadi apabila jiwa dan hati terluka, itulah yang saya masukkan.

“Bagaimanapun, saya tidaklah meletakkan seratus peratus, sekadar untuk menjiwai sahaja,” akui Kaka lagu ini sarat dengan kesedihan ibarat hati yang remuk.

 

KAKA popular dengan lagu Dari Mata.

Penyanyi popular Dari Mata ini turut tidak lari daripada melalui pengalaman yang hampir sama, cuma dia belum mengalami kekecewaan parah dalam perhubungan cinta.

“Saya bersetuju dengan Kaka, tapi saya ini orangnya jarang sakit hati (tergelak kecil). Malahan lagu saya juga yang berentak ceria.

“Sakit hati itu ada tetapi tidaklah sampai kecewa yang melampau,” kongsi Jaz.

Lagu yang dicipta komposer hebat Farouk Roman dan lirik yang ditulis oleh Aisha Retno ini juga merupakan runut bunyi bagi drama Takdir Yang Tertulis arahan pengarah tersohor, Shahrulezad Mohameddin yang mencetuskan fenomena itu.

Sementara itu, menurut Aishah, lahirnya lirik indah ini merupakan hasil garapan daripada jalan cerita drama hit tersebut.

“Saya dapat inspirasi penulisan lirik ini daripada drama itu sendiri yang mengisahkan cerita cinta sedih. Karma pula terjadi bila kita membuat perbuatan buruk dalam sesebuah perhubungan, spesifik hubungan cinta.

“Sedikit sebanyak juga daripada penyanyi hebat Melly Goeslow,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×