Anggota kumpulan Alif Satar pula positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Anggota kumpulan Alif Satar pula positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kuala Lumpur : Salah seorang anggota kumpulan Alif & The Locos yang membuat persembahan bersama Alif Satar pada Jumaat lalu turut disahkan positif Covid-19 hari ini.

Berkongsi perkara ini di laman Instagram miliknya, Rajwan yang juga pemain drum kumpulan itu memberitahu dia hanya tahu dijangkiti Covid-19 selepas membuat ujian calitan kali kedua pada 23 November lalu.

“Salam teman-teman semua.. Buat pengetahuan semua, semalam pada 23hb saya telah membuat swab test kali kedua.

“Dan pada pagi tadi (semalam) pihak hospital telah mengesahkan saya positif Covid-19. Saya memohon doa dari teman-teman semua agar diberikan kesembuhan,” tulisnya.

Ahad lalu penyanyi Alif telah disahkan positif Covid-19. Melalui itu kesemua artis dan krew yang terlibat pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) pada Jumaat lalu turut melakukan ujian saringan Covid-19.

Sementara itu ketika ini ruangan komen Instagram Rajman turut mendapat perhatian ramai selebriti yang mendoakan dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN