fbpx

24 September 2020, 5:05 pm

  TERKINI

Shuib hadiahkan Siti Sarah jam tangan mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Petaling Jaya 15 Sept.- Seutas jam mewah berharga puluhan ribu ringgit menjadi hadiah buat penyanyi Siti Sarah Raissuddin sempena sambutan hari lahirnya semalam. Dihadiahkan suaminya sendiri, kata Sarah sepanjang perkahwinan mereka ini merupakan hadiah paling mahal yang pernah diberikan suaminya yang juga penyampai radio, Shuib Sepahtu.

“Saya bukanlah sejenis yang materialistik, kalau orang tak berikan memang saya tidak akan beli.

“Tambahan pula saya memang tidak suka pakai aksesori di tangan. Jadi selepas ini kenalah pakai jam yang diberikan Shuib,”katanya ketika ditemui Utusan Online semalam.

Berkongsi harapan sempena ulang tahun kelahirannya yang- 36, kata Sarah tiada apa yang diharapkan agar dia dan keluarganya dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.

“Semoga saya terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Harapnya segala urusan dunia akhirat saya dipermudahkan.

“Moga saya terus dapat memberi manfaat dan mempengaruhi orang lain dalam segala segi termasuk perniagaan,” katanya yang popular menerusi lagu Semakin.

Sementara Shuib pula memberitahu hadiah jam tangan itu diberikan dalam menghargai usaha isterinya dalam bidang perniagaan.

“Isteri saya mempunyai masalah dalam aturan masa, jadi dengan pemberian jam ini harapnya dia boleh uruskan masa dengan lebih baik.

“Selain itu juga jam tangan ini sebagai tanda aras kepada kegigihanya dalam bidang perniagaan. Ikutkan sebelum ini saya sudah mahu tutup salah satu perniagaanya.

“Tetapi Sarah berkeras mahu meneruskan perniagaan kosmetik miliknya dan hasilnya perniagaan ini terus berkembang dengan baik kini,”katanya.

POPULAR

BERITA BERKAITAN