DEMI mengelak pembaziran, kalangan wanita Malaysia memilih menyewa busana Aidilfitri berbanding membelinya. Alternatif ini disifatkan lebih mesra poket tanpa perlu berbelanja besar dalam mendapatkan pakaian idaman. Apatah lagi, harga kebanyakan busana berjenama di pasaran kini disifatkan tidak masuk akal dan menyamai bayaran ansuran bulanan kereta. Pengasas platform sewaan fesyen, We Rent Fashion (WRF), Suraidah Pudelani berkata, trend menyewa pakaian Aidilfitri dikesan tular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, ia sudah…