Selesai masalah di akar dumbi dengan teliti - Utusan Malaysia

Selesai masalah di akar dumbi dengan teliti

JACOB GEORGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Diakui bantuan demi bantuan diberikan kerajaan tetapi permasalahan di peringkat akar umbi juga perlu diberi lebih perhatian oleh para pemimpin.

Bercakap kepada Utusan Online , Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, bantuan yang diberikan adalah langkah yang baik tetapi masalah di akar umbi perlu diselesaikan dengan lebih teliti.

“Asyik dengan bantuan tunai tetapi masalah di akar umbi masih terkapai-kapai. Jika kerajaan nak beri harapan kepada rakyat, berilah harapan dari peringkaty akar umbi, selami kehidupan para pengguna dalam tempoh pandemik hampir dua tahun ini.

“Sampai bila asyik nak beri bantuan tunai sahaja tetapi rakyat tetap terkesan teruk,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jacob berkata,, beliau sendiri  tertekan dan terperanjat dengan apa yang dilihatnya dengan kehidupan rakyat yang terkesan sekarang.

“Sebagai tokoh pengguna hampir 45 tahun, saya berharap para pemimpin dapat melihat situasi rakyat dari peringkat akar umbi dan diharap mereka juga dapat memberikan satu suasana yang mesra rakyat.

“Jika dilihat peratusan pengguna yang tertekan pada ketika ini semakin hari semakin meningkat,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan satu lagi pakej bantuan terbaharu iaitu inisiatif kelapan selepas tujuh program bantuan dan pakej rangsangan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM380 bilion diumumkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara.

Dalam pada itu, Timbalan Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM), Azlin Othman berharap rakyat dapat memanfaatkan  bantuan diberikan kerajaan dengan lebih berhemah dan mengutamakan keperluan asas.

“Ini kerana unjuran data menunjukkan kadar jangkitan harian mengambil masa lebih dari dua bulan, iaitu berkemungkinan sehingga awal bulan September untuk turun ke tahap 4,000 jangkitan sehari mengikut pakar penyelidik kesihatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.