Telekung sedondon mama, adik - Utusan Malaysia

Telekung sedondon mama, adik

Koleksi telekung comel ini didatangkan dengan warna menarik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Bagaikan sudah menjadi satu tradisi wajib apabila menjelangnya Ramadan, kaum wanita begitu sibuk memikirkan dan membeli pelbagai kelengkapan sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Tidak ketinggalan mencari telekung baharu untuk anak-anak. Dalam usaha mendidik anak kecil mengerjakan solat dan beribadat, tidak salah ibu bapa mengeluarkan sedikit kos membeli telekung comel bagi memastikan anak berasa gembira dan seronok untuk beribadat.

Pemakaian telekung sesuai turut memainkan peranan penting bagi menambah semangat si kecil untuk menjinakkan hatinya kepada ibadat wajib itu.

Jenama fesyen tempatan, Pretty Aini tampil dengan koleksi telekung sedondon khusus direka untuk kanak-kanak seawal usia lima tahun.

Pengasasnya, Noraini Mustafa, berkata, koleksi telekung comel ini didatangkan dengan warna menarik bagi menggalakkan si manja rajin bersolat terutama apabila ibu juga mengenakan telekung warna senada.

“Koleksi padanan ini menggunakan fabrik kapas premium yang tidak panas, tidak keras, tidak terlalu ringan dan mudah digosok serta dicuci. Ia juga selesa dipakai untuk tempoh yang lama,” ujarnya.

Tambahnya, koleksi telekung ibu dan anak itu didatangkan dalam kuantiti terhad bagi memastikan nilai eksklusif kepada pemakainya.

“Selain untuk diri dan anak, koleksi telekung ini juga sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada insan tersayang seperti ahli keluarga dan rakan-rakan,” katanya.

Tip penjagaan telekung

• Jangan basuh telekung dalam mesin basuh. Cukup sekadar direndam dengan sabun.
• Jika ada kotoran bersihkan dengan sabun lembut seperti sabun mandi. Jangan guna peluntur.
• Selepas dibasuh, perah dengan tangan secara perlahan-lahan. Jangan keringkan dalam mesin basuh
• Jangan dijemur bawah matahari terik bagi mengelakkan warnanya pudar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN