Gaya cilik anakku - Utusan Malaysia

Gaya cilik anakku

Ruangan Seri Anakku
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seri ANAKKU

 

Ada-ada sahaja aksi permata hati mengundang senyuman dan bahagia di hati. Kongsikan rasa itu dengan emel gambar keletah anak ke ANAKKU di [email protected].

Sertakan keterangan gambar ringkas tetapi padat sebagai dedikasi sayang kepada permata hati anda. Sertakan juga maklumat diri. ANAKKU terbuka kepada kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun.

1. MUHAMMAD ANNAQQASY MOHAMAD NIZAM (5 tahun) atau nama timangan Asy memiliki jiwa patriotik. Minat lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad. Drama Gerak Khas antara diikuti sejak berusia tiga tahun lagi. Semoga menjadi anak membanggakan abah, Mohamad Nizam Mohd Yamin dan ibu, Nathirah Abd. Kholib.

 

2. MUHAMMAD ATIF NAUFAL LUQMAN HAKIM (5 tahun). Anak sulung kepada pasangan Luqman Hakim Zaharuddin dan Norafiqah Norafnidi sangat bijak dan kreatif. Ada sahaja tingkah lakunya mencuit hati. Semoga menjadi anak hebat.

 

3. QEESYA NURLAILA MOHAMED AZNOOR (3 tahun). Gemar bergaya dan suka cantik. Obses dengan alat solek milik mamanya. Peramah dan menyenangkan, moga cahaya mata kepada pasangan Lizawati Ibrahim dan Mohamed Aznoor Mohamed Nor ini sihat sejahtera.

 

4. ALIF ISKANDAR (3 Tahun). Putera sulung ibu dan ayah kepada pasangan Ilyana Irni dan Amirul Akmal ini gemar mengira nombor. Numberblocks adalah rancangan kegemaran Alif Iskandar. Ke mana-mana pasti mainan itu akan dibawanya bersama. Jadi anak yang bijak ya Alif.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN