Sarawak buka semua sektor pelancongan dengan SOP ketat - Utusan Malaysia

Sarawak buka semua sektor pelancongan dengan SOP ketat

ABDUL Karim Rahman Hamzah (dua dari kanan) pada sidang media mengumumkan pembukaan pelancongan domestik Sarawak dan SOP di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sarawak membuka semula sektor pelancongan domestiknya bermula 1 Oktober dengan penetapan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pembukaan pelancongan domestik negeri itu diharap dapat menggerakkan semula industri pelancongan yang terjejas terus sejak pandemik Covid-19 melanda negara dua tahun lepas.

Sementara itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak supaya tidak menafikan pengeluaran permit kepada pelancong dari Semenanjung dan Sabah tanpa sebab yang mjunasabah.

“Sama ada PDRM mahupun JPBN Sarawak perlu memberi kerjasama serta memudahkan kelulusan pengeluaran permit kepada mereka yang memohon  untuk memasuki Sarawak untuk tujuan melancong,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan pembukaan pelancongan domestik Sarawak dan SOPs yang telah ditetapkan di sini hari ini.

Abdul Karim bagaimanapun menegaskan setiap pelancong perlu mematuhi syarat-syarat dan SOP yang telah ditetapkan bagi memasuki negeri ini, selain wajib mendapatkan kelulusan (permit) polis dan kebenaran JPBN Sarawak.

Beliau berkata ada sebab permit polis dan kelulusan daripada JPBN Sarawak diperlukan sebagai langkah kawalan jangkitan Covid-19.

“Perlu difahami dalam kita secara perlahan-lahan membuka sektor pelancongan kita (negeri) dan perlahan-lahan membina keyakinan orang ramai, kita perlu sentiasa mengambil sikap berwaspada disebabkan negeri kita ini masih belum bebas daripada pandemik Covid-19,” katanya.

Pada sidang media itu Abdul Karim berkata, kementeriannya telah menyedia dan melaksanakan tindakan strategik untuk mengaktifkan semula industri pelancongan di negeri ini.

Menurut Abdul Karim, JPBN Sarawak telah mengumumkan bahawa lebih banyak aktiviti termasuk produk tarikan pelancongan akan dibenarkan untuk beroperasi semula berkuatkuasa 1 Oktober tertakluk kepada syarat dan SOP yang ketat.

Antara aktiviti yang dibenarkan termasuk penginapan di hotel dan inap desa serta kemudahan-kemudahan dan aktiviti yang menjadi tarikan pelancong, aktiviti seni, kebudayaan dan warisan.

Selain itu, pembukaan, reflexologi dan pusat urut turut dibenarkan tertakluk kepada SOP yang dikeluarkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak.

Beliau berkata kementeriannya telah merangka SOP yang terperinci untuk pelancongan domestik yang sudahpun dilulus oleh JPBN Sarawak, termasuk keperluan mendapatkan permit polis untuk tujuan kemasukan antara negeri dan daerah di negeri ini serta kelulusan enterSarawak untuk kemasukan antara negeri.

Selain itu, katanya, semua pelancong diwajibkan telkah menerima suntikan Clovid-19 yang lengkap sementara kanak-kanak di bawah usia 17 tahun dan belum divaksinkan perlu bersama ibu bapa mereka yang sudah menerima vaksin penuh.

“Di samping itu adalah wajib untuk semua pelancong memiliki sijil digital vaksinasi dalam aplikasi serta membuat tempahan tiket penerbangan, penginapan dan pakej lawatan untuk menyokong permohonan mendapatkan kelulusan permit polis.

Beliau berkata pelancoing juga perlu menunjukkan keputusan rt-PCR atau rtk-Antigen (swab) yang negatif untuk tempoh tiga hatri sebelum tiba di Sarawak.-UTUSAN ONLINE

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.