Hukum puasa qada dan puasa enam serentak
Soalan
Apa hukumnya berpuasa enam dan mengganti (qada) puasa Ramadan dilakukan serentak. Adakah sah puasa?
Ingin tahu
Seremban
Jawapan
Mengikut mazhab Syafie. sah puasa qada digabungkan dengan puasa enam. namun yang lebih afdal biarlah puasa berasingan dimulakan dengan puasa enam. kemudian bolehlah qada puasa puasa yang ditinggalkan kerana waktu qada sangat luas sehingga bulan Syaban
Gembira sambut Aidilfitri
Soalan
Apa hukum sambut Aidilfitri dalam keadaan sedih, apatah lagi sekiranya kita sendiri yang mencipta kesedihan itu.
Hamba Allah
Pekan
Jawapan
Makruh menyambut hari raya dalam keadaan sedih apatah lagi sekiranya kita sendiri yang mencipta kesedihan. Sepatutnya dengan anugerah Tuhan ini kita patut gembira.
namun sekiranya perasaan sedih datang tanpa dapat dikawal maka ia dimaafkan.
Dilarang sambut Aidilfitri secara berlebihan
Soalan
Apa hukumnya menyambut Aidilfitri secara berlebihan.
Leman
Bangi
Jawapan
Hukum berlebihan dalam menyambut Aidilfitri adalah terlarang. Berlebihan dalam urusan kehidupan termasuk ibadat juga turut terlarang kerana ia bercanggah dengan kesederhanaan Islam. –UTUSAN
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










