Ucap hari jadi pada orang meninggal dunia
Soalan
Apakah hukumnya memberi ucapan selamat hari jadi kepada orang yang sudah meninggal dunia walaupun tahu orang itu sudah tiada. Ini selalu kita lihat dalam media sosial. Contoh, “happy birthday sahabatku, semoga tenang di sana”.
Fiqah
Melaka.
Jawapan
Ia merupakan satu perkara yang tidak ada asas dalam amalan salaf. sebaliknya, cukuplah kita mendoakan kepadanya tanpa mengucapkan selamat hari jadi.
Berjimak semasa
azan subuh
Soalan
Adakah perlu seseorang itu yang sedang berjimak dengan isterinya pada bulan Ramadan menghentikan perbuatan tersebut apabila mendengar azan Subuh dan tanpa sempat mandi wajib, bolehkah berpuasa selepas itu?
Shah
Kajang
Jawapan
Hukum seseorang berjimak dengan isterinya apabila mendengar azan masuk waktu dan dia segera mencabut kemaluannya maka puasanya sahih dan dia perlu mandi wajib dan tidak batal puasanya. Namun kalau dia meneruskan juga jimaknya walaupun sedetik maka puasanya batal dan tidak ada kaffarah.
Solat pakai kemeja
T bergambar
Soalan
Apa hukumnya solat tetapi memakai kemeja-T yang bertulis atau ada gambar haiwan?
Zila
Bentong
Jawapan
Hukum menunaikan solat dengan memakai baju mempunyai lukisan adalah makruh dan solatnya sah. Pakailah pakaian yang bersih daripada gambar.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]










