Moreh, iftar dan rumah terbuka, mana satu amalan Nabi

Moreh, iftar dan rumah terbuka, mana satu amalan Nabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Antara moreh, iftar dan rumah terbuka Aidilfitri mana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW? Adakah ketiga-tiga ini sunah Nabi?

Adnan Aziz,
Perak

Jawapan
Ketiga-tiga amalan berkenaan baik sekiranya niat itu ikhlas kerana ia adalah program menjamu orang makan dan ia adalah perkara yang terpuji di dalam agama dengan syarat niat yang ikhlas.

Rukun pendek dan panjang dalam solat

Soalan
Dalam solat, apakah yang dimaksudkan dengan rukun panjang dan rukun pendek?

Hamba Allah
Bukit Mahkota, Bangi

Jawapan
Rukun panjang adalah seperti sujud iaitu sekiranya kalau dipanjangkan di situ tidak membatalkan solat. Ada pun rukun pendek seperti iktidal tidak dibolehkan berhenti lama ketika iktidal kerana ia adalah rukun pendek yang sekiranya dipanjangkan dianggap membatalkan solat berlainan dengan rukun panjang.

Masbuk muwafik

Soalan
Apakah yang dimaksudkan masbuk muwafik. Setakat mana makmum boleh masbuk?

Muslimah,
Kajang

Jawapan
Masbuk adalah seseorang yang tidak sempat membaca al-fatihah dalam keadaan imam itu berdiri membaca fatihah yang memungkinkan makmum itu boleh membaca al-fatihah dalam keadaan bacaan imam secara normal.
Adapun muwafik adalah seorang makmum berada di dalam keadaan mampu menghabiskan al-fatihah seperti orang masuk takbir pertama dengan imam.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada
Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada
[email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN