Bulan Ramadan syaitan dirantai?
Soalan
Ustaz, benarkah semasa bulan Ramadan, iblis dan hantu dirantai dan dibebaskan semula selepas bulan yang mulia ini?
Shah
Melaka
Jawapan
Yang dimaksudkan rantaian syaitan adalah syaitan dilemahkan bukan dirantai secara hakiki pada kefahaman saya. Maka selepas Ramadan mereka beraksi seperti sedia kala.
Ziarah kubur di Aidilfitri
Soalan
Ustaz, adakah amalan menziarah kubur dan membaca yasin di kubur pada pagi Aidilfitri adalah sunah Nabi?
Yuni Azri
Kuala Lumpur.
Jawapan
Tidak disunat menziarahi kubur pada Hari Raya kerana dibimbangi berlaku kesedihan pada hari tersebut yang disunatkan bergembira. Hari itu hari makan minum dan zikir seperti yang disebut dalam hadis.
Lupa bayar zakat fitrah
Soalan
Kalau kita terlupa atau sengaja tidak bayar zakat fitrah, apa hukumnya?
Jimi
Maran, Pahang.
Jawapan
Sesiapa yang terlupa membayar zakat fitrah maka diwajibkan dia melunaskan zakat tersebut walaupun bertahun-tahun lamanya dia tidak membayarnya.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada +[email protected]










