Rujuk ustaz sebelum amalkan doa - Utusan Malaysia

Rujuk ustaz sebelum amalkan doa

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Terlalu banyak doa dan amalan ditunjukkan dalam media sosial berkenaan menjaga kesihatan, meminta kekayaan dan meminta jodoh. Adakah kita boleh terima bulat-bulat amalan itu? Bimbang salah bawa atau memanggil jin pula?

Arman Adib
Johor.

Jawapan
Apa-apa yang ada keraguan di dalam media sosial rujuklah kepada mana-mana ustaz yang mahir agar tidak berlaku maklumat yang tidak betul. Namun sekiranya, maklumat itu disampaikan oleh seorang alim mukabar dan ditambah dengan riwayat yang disebut maka tidak mengapa diamalkan.

Sunat segerakan pengembumian

Soalan
Apa hukumnya melewat-lewatkan pengebumian dengan alasan untuk menunggu anak beranak yang jauh pulang. Betulkah jenazah itu mendapat siksa pula?

Udin Usin
N. Sembilan

Jawapan
Secara asasnya, memang disunatkan disegerakan pengebumian jenazah supaya selamat daripada apa-apa perubahan pada mayat. Namun jika terdapat hajat daripada ahli keluarga untuk melihat jenazah dan keadaannya tidak berubah maka tidak mengapa dilewatkan jika tidak berlaku perubahan pada mayat.

Berzikir banyak mana yang kita mahu

Soalan
Ustaz, selepas solat selain daripada zikir-zikir biasa saya suka membaca Ya Fattah dan Ya Razzaq sebanyak 40 kali. Adakah ia dibolehkan?

Saadiah Abdullah
Kuala Lumpur

Jawapan
Ia adalah diharuskan dengan membaca sebanyak mana yang kita mahu. Namun amalkan zikir- zikir yang dalam al-Quran dan Sunnah agar kita dapat mengumpulkan pelbagai kebaikan.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya