Hukum ‘pulaukan’ isteri - Utusan Malaysia

Hukum ‘pulaukan’ isteri

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Apakah hukumnya suami yang memulaukan atau tak bercakap dengan isteri selama seminggu atau lebih dari itu kerana sakit hati, isteri tak taat.

Johari SA
Perak

Jawapan
Hukum memulaukan isteri sekiranya sabitnya nusyuz diharuskan sekiranya nasihat mulut tidak berfungsi atau tidak dihiraukan. Maka dibolehkan dia mengasingkan tempat tidur sehingga dia taat semula. Namun kalau maafkan si isterinya lebih awal itu adalah lebih baik untuk kedua-duanya.

Ketawakan berita kematian

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya orang yang suka atau ketawa apabila membaca atau mengetahui kesusahan atau kematian orang lain? Saya tengok ramai yang suka bila membaca sesuatu berita buruk di media sosial. Penyakit apakah ini?

Fikah Shah
Melaka

Jawapan
Hukum menertawakan orang lain mati atau ditimpa bala adalah terlarang dalam agama kita kerana kita diminta untuk mendoakan orang lain dengan kebaikan. Melainkan mereka itu golongan zalim atau perosak agama kita boleh bersyukur di atas balasan yang Allah berikan kepada mereka.

Sejadah ada bulu kucing

Soalan
Sah atau tak solat apabila baju atau sejadah kita ada bulu kucing? Kalau terkena kencing kucing bagaimana pula?

Tini Osman
Kajang.

Jawapan
Hukum terkena bulu kucing yang sedikit di atas sejadah insya-Allah dimaafkan dan sah solat. Adapun yang ada air kencing kucing itu maka kita tidak boleh menggunakannya dalam solat. wajib dicuci dahulu.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.