Berdoa tanpa menadah tangan - Utusan Malaysia

Berdoa tanpa menadah tangan

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Betulkah kalau berdoa tidak perlu menadah tangan? Dalam hati pun boleh. Ia tetap diterima oleh Allah SWT?

Asri Ali
Pahang.

Jawapan
Secara hukum akal tidak ada masalah untuk diterima doa walaupun berdoa di dalam hati. Namun adab kita dengan Allah SWT yang lebih penting dengan menadah tangan dengan hati penuh khusyuk. Berdoalah dengan memuji Allah Taala dan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW. Insya-Allah dimakbulkan.

Marah ibu bapa tak
nak makan ubat, mandi

Soalan
Apa hukumnya memarahi ibu bapa yang terlantar sakit tetapi susah sangat untuk diminta makan ubat atau tak mahu mandi, walhal untuk kesihatan dan keselesaan mereka juga.

Hakimi Abu Bakar
Kuala Lumpur

Jawapan
Hukum memarahi ibu bapa yang terlantar sakit dengan tujuan untuk menyuruh mereka makan ubat atau seumpamanya adalah terlarang melainkan ibu bapa itu pekak, boleh kita tinggikan suara pada kadar dia mendengarinya. Kalau kita terlajak memarahinya mohonlah maaf daripada mereka. Gunakan pendekatan berhikmah untuk memujuk makan ubat atau mandi.

Guna ayat pengasih

Soalan
Apa hukumnya menggunakan ayat-ayat atau doa pengasih atau pemanis muka untuk tujuan mendapatkan jodoh?

Norazlina
Selangor

Jawapan
Menggunakan ayat-ayat atau doa pengasih untuk melembutkan hati orang yang boleh kita kahwin tidak diketahui kesahihannya. Maka cukuplah kita berdoa kepada Allah Taala untuk membuka hati orang yang kita suka atau minati itu. Bimbang adanya unsur-unsur syirik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya