Barakah Tuhan tentukan - Utusan Malaysia

Barakah Tuhan tentukan

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, apa hukumnya orang yang memuat naik surah-surah dalam media sosial dan meminta orang ramai dengar sampai habis dan seolah-olah memberi jaminan lepas dengar habis, esok akan ada khabar baik. Walhal tak ada apa-apa pun berlaku. Orang itu hanya mahu menarik orang ramai mengunjungi laman sosialnya.

Anaz Shuib
Baling, Kedah.

Jawapan
Cara begitu tidak tepat kerana memperdengarkan bacaan melalui media elektronik tidak sama dengan secara bersemuka. Tetapi yang baiknya kita mendengar, cuma tidaklah wajib. Adapun jaminan terdapat kebaikan selepas mendengar ayat-ayat tersebut adalah tidak betul kerana kebaikan ini adalah barakah daripada Allah bukan manusia boleh tentukan.

Jangan amal doa tidak sahih

Soalan
Betulkah kita tak boleh sembarangan mengamalkan ayat-ayat yang diberi dalam media sosial seperti doa penunduk atau doa supaya diri digeruni kerana mungkin mengundang jin untuk berdamping dengan kita?

Mail Labu
K.Kangsar, Perak

Jawapan
Saya tidak galakkan mengamalkan doa-doa yang sedemikian sebab kita tidak mengetahui sejauh mana mana kebenarannya. Sebaiknya, ambil daripada ulama atau sumber yang sahih. Ilmu atau doa penunduk itu pun kita tak tahu daripada mana datangnya.

Hina Islam jadi murtad

Soalan
Adakah menjadi murtad orang yang menghina Islam? Jika begitu, bolehkah dia masuk Islam semula?

Rokiah Harun
Kempas, Johor.

Jawapan
Hukum menghina Islam itu adalah perbuatan kufur dan orang yang melakukannya boleh dihukum murtad. Cuma yang boleh menjatuhkan hukuman tersebut adalah hakim. Sebab mungkin terdapat punca dia gila atau seumpamanya yang boleh ditakwilkan.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya