Banyak hutang tak wajib korban - Utusan Malaysia

Banyak hutang tak wajib korban

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Wajibkah orang yang menanggung hutang yang banyak contohnya ansuran rumah, kereta dan perbelanjaan anak-anak melaksanakan ibadah korban?

Lufti Aziz
Selangor

Jawapan
Tidak wajib menunaikan ibadah korban bagi mereka yang ada hutang sedemikian kerana ibadah korban adalah sunnah muakkadah. Namun dia masih boleh menunaikan ibadah korban sekiranya dia mampu membayar hutangnya mengikut jadual pembayaran.

OKU solat Jumaat

Soalan
Apa yang kita tahu solat Jumaat adalah wajib bagi semua lelaki Islam. Adakah bagi seorang lelaki yang OKU (orang kurang upaya) juga termasuk dalam hukum tersebut sedangkan setiap pergerakannya terbatas dan memerlukan bantuan orang lain?

Niza Ibrahim
Kuala Lumpur

Jawapan
OKU yang tidak ada kemampuan dari segi kesihatan dan juga tidak ada orang membantunya memang tidak wajib menunaikan solat. Namun, sekiranya dia mampu dengan bantuan apa-apa peralatan atau ada orang boleh membawanya ke masjid maka dia masih wajib menunaikan solat Jumaat.

Beri daging korban kepada penyembelih

Soalan
Bolehkah kita memberi sedikit daging korban kepada penyembelih sebagai upah kerana melakukan penyembelihan itu?

Ahmad Izlan
Melaka

Jawapan
Boleh diberi sedikit daging korban kepada penyembelih bukan sebagai upah sebaliknya sebagai hadiah atau sedekah sekiranya dia fakir.

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya