Tanda hitam tak semestinya warak - Utusan Malaysia

Tanda hitam tak semestinya warak

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Selalunya, jika kita tengok lelaki yang mempunyai tanda hitam di dahi, kita akan beranggapan, mesti orang ini kuat solat. Adakah betul tanggapan itu? Jika ya, mengapa tidak ada dalil mengenainya.

Hafiz Alimi
Kuala Lumpur

Jawapan
Tanda hitam itu tanda orang yang bersujud tetapi bukan tanda yang melazimi seseorang kuat solat kerana ia bergantung pada jenis dahi.
Namun boleh jadi dia orang yang kuat solat tetapi tanda-tanda tersebut bukanlah alamat kepada penerimaan solat di sisi Allah SWT. Namun sebagai manusia kita mesti berhusnudzon dan berdoa baik untuk semua orang.

Haram guna duit rasuah laksana haji

Soalan
Apakah hukumnya orang yang menunaikan haji dengan wang rasuah atau pendapatan daripada pekerjaan unsur-unsur hiburan yang melalaikan?

Anuar Rani
Kodiang, Kedah

Jawapan
Hukum melaksanakan haji dengan wang rasuah adalah sah tetapi haram dan kata ulama ia tidak dianggap sebagai haji mabrur kerana tidak datang daripada hasil yang halal. Ulama menyatakan perlu dia mengulangi hajinya agar diterima sebagai haji mabrur

Badal haji untuk yang mampu

Soalan
Adakah wajib bagi seorang anak membuat badal haji untuk bapanya yang telah meninggal dunia tetapi dia dalam keadaan tidak mampu daripada segi kewangan.

Faiz Amali
Pekan, Pahang

Jawapan
Tidaklah wajib seseorang anak itu menunaikan badal haji kepada ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan yang tidak mampu. Namun digalakkan apabila dia mampu melakukan untuk ayahnya yang sepatutnya duit badal haji itu diambil daripada peninggalan warisan ayahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.