Tidak berdosa tidak minta izin poligami - Utusan Malaysia

Tidak berdosa tidak minta izin poligami

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Jika hendak berpoligami, wajibkah meminta kebenaran isteri pertama? Kalau tak minta izin berdosakah dalam Islam? Atau ia undang-undang dunia saja.

Razali Harun
Melaka.

Jawapan
Di dalam fikh tidak wajib memberitahu isteri untuk poligami cuma digalakkan. Dari sudut undang- undang itu adalah untuk maslahah yang dilihat oleh kerajaan berdasarkan pandangan mereka. Ia terikat dengan kesalahan dan denda, bukan dosa.

Tidak faham makna al-Quran

Soalan
Ustaz, saya selalu membaca al-Quran tapi saya tidak memahami atau tahu maksudnya, adakah saya tidak dapat pahala kerana tak faham maksud?

Norazman Zahir
Lipis, Pahang

Jawapan
Sesungguhnya membaca al-Quran itu amalan paling mulia. Setiap huruf yang dibaca ada pahalanya kerana ia adalah kalam Allah hatta sehingga tidak difahami pun ada pahalanya. Apatah lagi kalau dibaca dengan kefahaman dan tadabbur, maka tuan boleh belajar bahasa Arab untuk memahami maksud al-Quran di samping memahami terjemahannya.

Jangan tinggal solat Subuh

Soalan
Ustaz, betulkah kalau kita tidak solat Subuh maka solat kita yang empat waktu itu tidak diterima oleh Allah SWT?

Julia Jamhari
Batu Pahat, Johor

Jawapan
Setiap amalan solat fardu ada pahalanya kerana ia adalah amal kebaikan. Cuma Subuh ini adalah solat yang paling afdal di antara kelima-lima solat fardu maka meninggalkannya amat besar dosanya yang wajib diqada untuk menampungnya. Adapun menghilangkan pahala empat solat fardu lain itu kita akan lihat pada hari kiamat kelak. Ini kerana setiap amalan kita ditimbang dengan adil dan segeralah bertaubat untuk menutup kecacatan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya