Cara atasi suami curang - Utusan Malaysia

Cara atasi suami curang

Fauwaz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Soalan
Ustaz, bagaimana untuk menangani suami yang curang, walhal dia tidak punya keupayaan pun beristeri lagi kerana nafkah zahir batin pun tidak boleh beri.

Murni Harlina
Kajang, Selangor.

Jawapan
Untuk menangani isu ini ia berhajat kepada beberapa perkara.
1.Nasihat yang baik tentang dosa melakukan maksiat
2.Cuba melayan batin suami sehingga dia puas
3. Banyakkan berdoa dan berselawat
4. Dapatkan rawatan untuk batin suami

Segerakan tutup aurat

Soalan
Ustaz, betulkah wanita yang tidak menutup aurat tetapi solat lima waktunya tidak tinggal, amalan solatnya itu tidak diterima?

Bariah Ali
Pekan, Pahang

Jawapan
Setiap amalan kebaikan pasti ada ganjaran dan pahalanya dan setiap kejahatan ada dosa dan balasannya. Kedua-duanya akan ditimbang dengan adil dan saksama sekiranya amalan solehnya lebih banyak maka syurgalah baginya sekiranya do­sanya banyak nerakalah baginya. Saya nasihatkan supaya segera memakai tudung agar tidak terdedah kepada dosa ha­rian.

Yuran mengaji ikut persetujuan

Soalan
Ustaz, apakah hukumnya orang yang mengajar al-quran tetapi mengenakan bayaran yang tinggi sebagai yuran mengajar? Dapat pahalakah mengajar sebab untuk dapatkan wang?

Nuralia Shahlan
Pasir Gudang, Johor.

Jawapan
Ulama mengharuskan mengenakan yuran pembelajaran al-Quran kerana ia adalah curahan tenaga dan masa. Kadar mahal tidak ada masalah sekiranya mendapat persetujuan daripada dua pihak dan pengajar itu seorang pakar. Cuma perlu lihat kepada program pembelajaran dan kiraan berpatutan. Mahal yang berpatutan tidak ada masalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya