Ilmu tafsir ialah ilmu yang membicarakan kefahaman makna al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan keterangan makna, mengeluarkan hukum-hakam yang terkandung dalam al-Quran. Al-Zarqani pula memberi takrifan, ilmu tafsir ialah perbahasan mengenai al-Quran dari sudut pendalilannya mengikut kehendak Allah melalui kadar kemampuan manusia. Imam Tahir Ibn Asyur pula memberi takrifan ilmu tafsir sebagai ilmu mencari keterangan makna lafaz al-Quran, pengajaran daripadanya sama ada dengan ringkas atau huraian yang lebih…










