Habbatus sauda sememangnya cukup terkenal dalam dunia Islam dan telah terbukti berkesan berdasarkan pelbagai kajian sebelum ini.
Justeru, Blackmores Malaysia melancarkan multivitamin baharunya yang diformulasikan dengan 20 vitamin dan mineral serta habbatus sauda sekali gus formulasi pertama dibangunkan berdasarkan pemahaman pengguna Muslim.
Pengarah Urusan Asia, Blackmores Group, Andrew Fuary berkata, pelancaran itu turut melakar sejarah kerana buat kali pertama syarikatnya turut menggabungkan pengetahuannya dalam bidang alam semula jadi dan sains yang diilhamkan secara khusus oleh keperluan dan keutamaan rakyat Malaysia.
“Habbatus sauda atau minyak jintan hitam mempunyai kedudukan yang penting dalam tradisi Islam dan diiktiraf sebagai bahan sunah di mana hubungannya yang telah lama terjalin dengan amalan kesejahteraan Islam menjadikannya bahan botani yang sinonim dan bermakna dalam kalangan masyarakat Islam.
“Pelancaran produk baharu ini turut menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Blackmores di Malaysia,” katanya baru-baru ini.
Turut hadir, biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ketua Pegawai Operasi, Watsons Malaysia, Danny Hoh yang merupakan rakan runcit eksklusif Blackmores bagi pelancaran itu.
Fuary menambah, multivitamin baharu itu merealisasikan inovasi berteraskan pengguna menerusi formula yang relevan dengan masyarakat tempatan dan diperakui halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menurutnya, ia merupakan satu langkah bermakna dalam membangunkan penyelesaian yang lebih relevan dari segi budaya untuk rakyat Malaysia di samping mengekalkan piawaian global Blackmores.











