Suntingan digital fotografi ubah perspektif gaya

Suntingan digital fotografi ubah perspektif gaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dalam fotografi fesyen moden, lensa kamera hanyalah permulaan. Ledakan teknologi visual kini membolehkan jurufoto mengubah realiti menjadi fantasi memukau melangkaui gaya kasual kepada hasil yang memancarkan aura glamor dan eksklusif.

Konsep penggantian visual membuka dimensi baharu dalam penataan gaya, membebaskan jurufoto daripada kekangan fizikal pakaian di set penggambaran.

Anjakan perspektif berani ini direalisasikan oleh pelajar Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak, Uzma Umairah Saiful Bakri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Melalui imaginasi luar kotak, struktur skirt labuci ungu berkilauan tidak lagi terhad di pinggang, sebaliknya diolah secara digital menjadi busana atasan yang tampak sangat haute couture secocok dengan tubuh model.

Kekemasan karya ini bergantung kepada kepakaran memanipulasi ruang digital dengan lancar.

Bagi memastikan baju labuci ungu kelihatan benar-benar disarungkan, proses suntingan memerlukan ketelitian untuk ‘membuang’ dan ‘mengganti’ elemen asal yang tidak lagi diperlukan.

Katanya, manipulasi semula jadi bergantung kepada alatan suntingan untuk memadam dan mengukir potongan pakaian baharu dengan kemas.

Selain itu, alatan ‘merawat’ juag penting untuk mencantumkan semula piksel kulit, meratakan tona pencahayaan serta menampal celahan tekstur kain supaya tidak nampak janggal.

Teknik suntingan digital yang semakin mudah diakses ini secara tidak langsung mengubah persepsi dan perspektif pengayaan dalam industri fesyen fotografi.

Ia membuktikan sempadan kreativiti kini tiada hadnya.

Jika dahulu penata gaya perlu berhempas pulas memotong dan menjahit kain di saat akhir untuk mendapatkan gaya diingini, kini segalanya boleh direalisasikan dengan magis di hujung jari.

-Pensyarah kanan, Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini