Trend solekan hari ini tidak lagi hanya tertumpu kepada rona bibir atau mata sahaja.
Sebaliknya, bahagian pipi turut menjadi antara elemen penting dalam mencipta wajah yang lebih berdimensi.
Walaupun hanya dengan sedikit sapuan, pemerah pipi mampu memberikan perubahan pada keseluruhan solekan.
Sentuhan rona itu sekali gus menjadikan wajah tampak lebih segar, sihat dan berseri.
Daripada kemasan matte lembut hingga ke rona bercahaya yang menyerlah, pilihan tekstur dan warna memberi ruang untuk wanita bereksperimen dengan pelbagai gaya.
Terbaharu, jenama kosmetik profesional antarabangsa M·A·C memperkenalkan ColourStruck Blush Skinfinish, rangkaian pemerah pipi dengan pelbagai pilihan rona dan kemasan.
Menggunakan teknologi bedak kabur, produk ini mempunyai tekstur halus seperti sutera yang mudah disapu dan diratakan pada kulit.
Formulanya juga membolehkan warna dibina secara berlapis mengikut tahap sapuan yang diinginkan.
Koleksi ini tampil dalam 29 pilihan rona, termasuk warna ikonik seperti velvet teddy dan melba, dengan dua kemasan iaitu matte semula jadi serta bercahaya.
Selain menawarkan ketahanan warna sehingga 12 jam, ColourStruck Blush Skinfinish turut dirumus dengan tekstur ringan, kalis air dan tidak mengeringkan kulit.
Produk ini juga diuji oleh pakar dermatologi, sesuai untuk kulit sensitif dan tidak menyebabkan jerawat atau menyumbat liang pori.










