Baru-baru ini, Bukit Ampang di Selangor menjadi tumpuan masyarakat awam serta para pengamal fotografi bagi merakam detik fenomena matahari terbenam yang berada tepat di tengah-tengah Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Fenomena itu lazimnya berlaku antara bulan Mei hingga Jun, berikutan kedudukan matahari terbenam yang sejajar dengan struktur mercu tanda ikonik berkenaan. Fotografi landskap merakam ruang dunia berdasarkan empat tiang utama: lokasi, komposisi, cahaya, dan pemprosesan.
Untuk foto matahari terbit atau terbenam, gunakan aperture kecil antara f/8 hingga f/16. Kekalkan ISO serendah mungkin, sebaiknya ISO 100, bagi mengurangkan noise dan meningkatkan kualiti imej. Penggunaan penapis Neutral Density (ND) membantu mengawal kemasukan cahaya melalui kelajuan pengatup perlahan.
Penggunaan aplikasi seperti PhotoPills, Planit Pro dan The Photographer’s Ephemeris sangat membantu jurufoto profesional menentukan arah matahari dan lokasi subjek dengan tepat tanpa membuang masa.
Aplikasi ini membolehkan penetapan tarikh dan masa serta menyediakan perincian perubahan warna cahaya mengikut waktu, bermula daripada kuning (siang), oren (golden hour), ungu (blue hour), sehinggalah ke fasa twilight dan malam.
Di sini saya pamerkan beberapa keping gambar suasana di Bukit Ampang untuk tatapan.













