Johnson’s perbaharui rumusan penjagaan si manja

Johnson’s perbaharui rumusan penjagaan si manja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kulit dan rambut bayi lebih nipis berbanding orang dewasa, sekali gus menjadikannya lebih sensitif terhadap faktor luaran yang boleh menyebabkan kerengsaan.

Justeru, penjagaan yang lembut amat penting bagi memastikan kesihatan kulit dan rambut si manja sentiasa terpelihara.

Rangkaian Johnson’s baby yang telah lama dipercayai ibu bapa terus menawarkan rumusan lembut dan berkesan bagi membantu melindungi serta menjaga kulit bayi dengan lebih baik.

Terbaharu, jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak nombor satu dunia ini memperkenalkan pembaharuan terhadap rangkaian classics, milk + rice dan bedtime.

Ketua Kategori Penjagaan Bayi & Kanak-kanak, Kenvue Malaysia & Singapura, Alan Tsing berkata, setiap produk diformulasikan dengan bahan terpilih yang disokong oleh kepakaran serta komitmen terhadap inovasi penjagaan bayi.

Contohnya, syampu dan mandian classics kini diperkaya dengan bahan terpilih seperti aloe vera dan vitamin B5.

Manakala, losyen pula memberikan kelembapan sehingga 72 jam serta membantu melindungi kulit bayi daripada kekeringan dan kerengsaan.

“Produk syampu dan mandian classic kami masih mengekalkan formulasi no more tears serta melalui proses triple-tested, iaitu diuji oleh pakar pediatrik, dermatologi dan oftalmologi.

“Ini kekal menjadi antara prinsip utama kami dalam memastikan setiap produk memenuhi standard penjagaan yang lembut dan dipercayai ibu bapa untuk si manja,” katanya baru-baru ini.

Rangkaian produk yang dipertingkatkan itu membantu ibu bapa di Malaysia menjaga si manja dengan penuh keyakinan dari peringkat bayi hingga kanak-kanak.

Dengan penjagaan yang lembut dan sesuai, ibu bapa dapat menikmati detik berharga bersama si manja melalui rutin harian seperti waktu mandi dan tidur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN