Nikmati kopi setaraf kafe dengan mudah, pantas

Nikmati kopi setaraf kafe dengan mudah, pantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kopi sejuk bukan hanya trend di kafe, kini ia menjadi sebahagian daripada gaya hidup, kreativiti dan ekspresi harian generasi muda.

Seiring dengan perubahan ini, Nescafe memperkenalkan inovasi kopi cecair premium yang dicipta khas untuk memberikan pengalaman kopi kualiti kafe dengan cara lebih mudah dan pantas.

Dihasilkan daripada biji kopi Arabica dan Robusta terpilih, minuman ini menampilkan rasa kaya, halus dan padu.

Melalui format sedia untuk dicampur, Nescafe Espresso Concentrate memudahkan para pengguna mencipta minuman ala kafe dari rumah.

Konsepnya mudah iaitu hanya tuang, campur dan nikmati kopi tersendiri.

Sama ada ais latte berkrim, Americano ais pekat, mahupun resipi kreatif seperti campuran buah-buahan atau lemonade soda, semuanya boleh disediakan pada bila-bila masa tanpa mesin atau cara rumit.

Setiap botol mampu menghasilkan antara 10 hingga 16 hidangan, menawarkan kemudahan dan penjimatan terbaik untuk kegunaan harian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei, Juan Aranols berkata, pelancaran minuman ini dijangka membuka peluang pertumbuhan baharu dalam landskap kopi yang semakin berkembang, khususnya dalam kalangan generasi muda yang inginkan kopi mengikut cita rasa tersendiri.

“Kami sedang membina platform baharu bagi pertumbuhan masa hadapan dan menawarkan pengalaman kopi lebih mudah serta menyeronokkan kepada rakyat Malaysia.

Kami juga berbesar hati dipilih sebagai hab pengeluaran utama bagi inovasi global ini,” katanya.

Nescafe turut memperkenalkan rangkaian perisa baharu bagi pengalaman kopi ala kafe dari rumah iaitu black, sweet vanilla dan velvet mocha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN