Gelang emas Marissa laris

Gelang emas Marissa laris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Memiliki gelang emas bersaiz besar dengan rekaan eksklusif dan mewah sememangnya menjadi idaman setiap wanita.

Antara rekaan yang kini menjadi tumpuan ialah koleksi Marissa.

Pengurus Salamah Gold & Jewellery cawangan Ampang, Mohd. Bukri Osman berkata, nama Marissa dipilih sempena anak kepada pelakon terkenal Abby Abadi, iaitu Marissa Dania Hakim, yang pernah menggayakan rekaan tersebut sebelum ini.

Istimewanya, koleksi itu direka agar tahan lasak dengan struktur yang lebih kukuh.

“Ini menjadikannya sesuai digayakan untuk jangka panjang, tambahan pula rekaannya bersifat malar segar dan tidak terlalu sarat.

“Penampilan seseorang akan tampak lebih elegan dan feminin apabila menggayakan gelang Marissa,” katanya baru-baru ini.

Selain Marissa, katanya, turut diperkenalkan ialah koleksi Cecilia yang membawa konsep lebih moden.

Rekaannya berunsurkan bentuk-bentuk geometri dengan sentuhan elegan.

“Koleksi ini lebih ringan dan kurang sesuai untuk pemakaian lasak kerana strukturnya mudah rosak jika tidak dijaga dengan baik,” jelasnya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN