Syarikat jubin premium, Feruni Ceramiche melakar sejarah dengan pelancaran The Feruni Atelier yang berkonsepkan kontemporari dalam usaha mengangkat martabat jubin yang melampaui fungsinya. Ketua Pegawai Eksekutif Feruni, Datuk C.C. Ngei berkata, The Feruni Atelier memperlihatkan komitmen Feruni dalam pelbagai sudut termasuk mengubah ruang bagi memberi inspirasi kepada pengunjung. Menurutnya, ruang seni ini yang direka dengan teliti bukan sekadar memaparkan permukaan jubin tetapi mampu membawa pengalaman yang bermakna bagi menyuntik ekspresi…










