Boleh tak rakyat Malaysia yang baik hati, dermakan RM1 kepada saya untuk beli baju raya anak?” “Duit hanya cukup beli telur, beras tak dapat beli, bagaimana nak survive hingga hujung bulan?” Itu antara deretan naratif pengguna media sosial di Malaysia hari ini apabila mereka secara terbuka menggunakan platform itu untuk meminta bantuan kewangan, barangan dan perkhidmatan. Fenomena yang digelar ‘mengemis digital’ semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat masa kini, khususnya…










